Kamis, 22 Desember 2011

بسم الله الرحمن الرحيم
حكوم اعراب سكل اسم دان فعل مضارع



مثال جر/ جزم
مثال نصب
مثال رفع
جر/ جزم
نصب
رفع
حكم اسم
ن
مررت بزيد
رايت زيدا
جاء زيد
كسرة
فتح
ضمة
اسم مفرد

مررت بزيدين
رايت زيدين
جاء زيدان
ياء
ياء
اليف
اسم تثنية

مررت بابيك
رايت اباك
جاء ابوك
ياء
اليف
واو
اسم يغ ليما

مررت بقاضى
رايت القاضي
جاء قاضى
تقدير
فتح
تقدير
اسم منقوص

مررت بموسى
رايت موسى
جاء موسى
تقدير
تقدير
تقدير
اسم مقصور

مررت بابراهيم
رايت  ابراهيم
جاء ابراهيم
فتح
فتح
ضمة
اسم غير منصرف

مررت بغلامى
رايت  غلامى
جاء غلامى
تقدير
تقدير
تقدير
اسم يغ داضافة كفدا ياء متكلم

مررت برجال
رايت رجالا
جاء رجال
كسرة
فتح
ضمة
جمع تكثير

مررت بمؤمنين
رايت مؤمنين
جاء مؤمنون
ياء
ياء
واو
جمع مذكر يغ سالم

مررت بمؤمنات
رايت مؤمنات 
جاء مؤمنات
كسرة
كسرة
ضمة
جمع مؤنث يغ سالم

زيدلم يقوم
زيدان يقوم
زيد يقوم
جزم دغن سكون
فتح
ضمة
فعل مضارع صحيح أخير

زيدان لم يضربا
زيدان ان يضربا
زيدان يضربان
جزم دغن بوغ نون
نون
نون
فعل يغ ليما

زيد لم يدع
زيد ان يدعو
زيد يدعو
جزم دغن بوغ واو
ظاهير
تقدير
فعل مضارع معتل واو

زيد لم يرم
زيد ان يرمي
زيد يرمي
جزم دغن بوغ ياء
ظاهير
تقدير
فعل مضارع معتل ياء

زيد لم يخش
زيد ان يخشى
زيد يخشى
جزم دغن بوغ اليف
تقدير
تقدير
فعل مضارع معتل اليف


في الكتاب متن الاجرومية للامام الصنهاجي .

Sabtu, 03 September 2011

Mazhab Islam

 4 Mazhab Dalam Islam
 
Oleh: Tgk. Fakhrur Ramadhan bin Ismail bin Adam
Pengasas Mazhab Hanafi - Imam Abu Hanifah (80-150 H / 699-767 M)
            Abu Hanifah An Nukman bin Tsabit bin Zufi'at At Tamimi adalah pengasas Mazhab Hanafi. Beliau dilahirkan di negeri Kufah, pada masa pemerintahan Al Khalid bin Abdul Malik. Sejak dari kanak-kanak, beliau telah mengkaji dan menghafal Al-Quran. Untuk mendalami lagi ilmu pengetahuannya tentang Al-Quran, beliau telah berguru dengan Imam Abu A'shim yaitu seorang ‘ulama yang terkenal pada waktu itu. Beliau juga mempelajari ilmu Fiqh dari sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w, seperti dari Anas bin Malik, Abdullah bin Aufa, Abu Tufail bin Amir dan lainnya. Dari sahabat-sahabat ini juga beliau mempelajari ilmu Hadits. Beliau sangat tekun dalam mempelajari ilmu Fiqh dari seorang ‘ulama yang terkenal pada waktu itu yaitu Humad bin Abu Sulaiman tidak kurang dari 18 tahun. Kemudian, 10 tahun selepas kematian gurunya (130 H) beliau berangkat ke Makkah. Di sana beliau berguru dengan salah seorang murid Abdullah bin Abbas r.a. Imam Abu Hanifah terkenal sebagai seorang yang sangat dalam ilmunya, ahli zuhud, tawadhu’ dan sangat teguh memegang ajaran agama. Beliau tidak tertarik kepada jawatan resmi kerajaan dengan sebab beliau pernah menolak jawatan hakim yang ditawarkan oleh Khalifah Al Mansur. Diriwayatkan karena penolakannya, beliau dipenjarakan hingga ke akhir hayatnya. Beliau wafat pada usia 70 tahun dan dimakamkan dipekuburan Khizra. Pada tahun 450 H / 1066 M didirikan sebuah sekolah agama yang dinamakan Jami' Abu Hanifah. Diantara kitab karangan beliau seperti Al Musu'un, Al Makha'rij dan Fiqh Akhbar.

Pengasas Mazhab Maliki - Imam Malik bin Annas (93-179 H / 172-258 M)
            Imam Malik bin Annas adalah pengasas Mazhab Maliki. Beliau dilahirkan di negeri Madinah dan berasal dari Kabilah Yamaniah. Sejak kecil, beliau telah menghafal Al-Quran dan ibunya sentiasa memberi dorongan agar beliau bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Beliau mulai belajar pertama kali dari seorang ulama yang terkenal waktu itu yang bernama Ribi’ah dan mendalami ilmu Hadits dari Ibnu Syihab. Di samping itu beliau mempelajari ilmu Fiqh daripada para sahabat. Karena ketekunan dan kecerdasan fikirannya, beliau terkemuka dalam bidang ilmu Hadits dan Fiqh. Beliau juga sangat berhati-hati dalam memberi fatwa. Beliau akan bermusyawarah terlebih dahulu dengan sekalian para ‘ulama sebelum mengeluarkan sebuah fatwa. Imam Malik memiliki daya ingatan yang sangat kuat. Pernah beliau mendengar 31 Hadits dari Ibnu Syihab tanpa menulisnya dan bila diminta mengulanginya seperti semula, tidak satu baris pun yang dilupainya. Beliau berkata : Ilmu itu adalah cahaya, ia mudah dicapai dengan hati yang taqwa dan khusyu’. Beliau juga menasihati agar menjauhkan keraguan. Sebaik-baik pekerjaan ialah yang jelas, jika salah satu darinya meragukanmu maka kerjakanlah apa yang lebih yakin menurut perkiraanmu. Antara kitab karangan beliau yang termahsyur ialah Al Muwatha’ iaitu sebuah kitab Hadits dan Fiqh. Imam Malik wafat pada usia 86 tahun.

Pengasas Mazhab Syafi’ie - Imam Muhammad bin Idris Asy Syafi’ie Al Quraisyi (150-240 H / 717-820 M)
            Nama lengkap beliau ialah Muhammad bin Idris Asy Syafi’ie Al-Quraisyi pengasas Mazhab Syafi’ie. Beliau dilahirkan di negeri Ghaza pada tahun 150 H bertepatan tahun wafatnya Imam Abu Hanifah. Meskipun beliau dilahirkan dalam keadaan yatim dan dibesarkan dalam keluarga yang miskin, itu tidak menjadikan beliau merasa rendah diri apa lagi malas. Beliau begitu bersungguh-sungguh dalam mempelajari ilmu Hadits dari ‘ulama hadits yang terdapat di negeri Makkah ketika itu. Pada usia yang masih kecil, beliau telah menghafal Al-Quran. Pada usia 20 tahun, beliau telah berguru dengan Imam Malik dalam ilmu Fiqh dan Hadits di negeri Madinah. Seterusnya beliau pergi ke Iraq dan berguru dengan sahabat-sahabat Imam Abu Hanifah. Setelah wafat Imam Malik (179 H) beliau berangkat ke Yaman untuk mengajar ilmu di sana. Selepas itu, Khalifah Harun Al Rasyid mengundang beliau untuk datang ke Baghdad. Pada tahun 198 H beliau pergi ke Negeri Mesir dan mengajar di Masjid Amru bin ‘Ash. Kitab karangan beliau yang mahsyur ialah seperti Al-Umm, Amali Kubra, Kitab Risalah dan Usul Fiqh. Adapun dalam menyusun Usul Fiqh, Imam Syafie dikenal sebagai orang yang pertama mempelopori penulisan dalam bidang tersebut. Akhirnya beliau wafat di sana.

Pengasas Mazhab Hambali - Imam Ahmad bin Hanbal (164-241 H / 780-855 M)
            Nama lengkap beliau ialah Abu Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Bilal Al Syaibani. Beliau dilahirkan di Baghdad dan dibesarkan dalam yatim oleh ibunya. Ayahnya meninggal semasa beliau masih bayi. Semenjak kecil beliau telah menunjukkan sifat dan pribadi yang mulia. Sehingga menarik minat khalayak ramai terhadapnya, serta amat tekun dalam menuntut ilmu pengetahuan. Beliau memulai dengan belajar menghafal Al-Quran, Bahasa Arab, Hadits, Sejarah Nabi serta para sahabat dan para tabi'in. Untuk memperdalam ilmunya, beliau pergi ke Bashrah dan berguru dengan Imam As Syafi’ie. Beliau juga pergi menuntut ilmu ke Mesir dan Yaman. Diantara guru beliau ialah Yusuf Al Hassan, Ibnu Human dan Ibnu Abbas. Beliau banyak mempelajari dan meriwayatkan hadits, tetapi tidak mengambilnya kecuali yang sudah jelas shahihnya. Kitab karangan beliau yang terkenal ialah Musu’ad Ahmad Hanbali. Beliau mulai mengajar ketika berusia 40 tahun. Pada masa pemerintahan Al Muqtashim ( Khalifah Abbasiyyah ) beliau telah dipenjarakan karena bersependapat dengan faham yang mengatakan bahwa Al-Quran itu adalah makhluk. Beliau dibebaskan pada masa pemerintahan Khalifah Al Mutawakkil. Imam Ahmad wafat di Baghdad dalam usia 77 tahun.

Penulis merupakan Dewan Pengajar kelas 1 di Basic of Islamic Studies Of Darul 'Ulum Ujong Blang, Kota Lhokseumawe. (Cabang Darul 'Ulum Abu Tanoh Mirah, Bireuen).